Monday, July 31, 2017











[KENAPA BERLAKUNYA KES KERACUNAN MAKANAN??? ]

Banyak keracunan makanan yang berlaku adalah disebabkan pengendali makanan tidak faham malah tidak tahu mengendalikan makanan dengan betul terutamanya pengusaha makanan yang menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak seperti pengusaha kanti sekolah, asrama, katering kenduri kahwin dan sebagainya.

Kadang-kadang kita memandang remeh perkara-perkara kecil tetapi perkara tersebutlah yang menjadi punca keracunan makanan yang sebenarnya. Sebagai contoh betapa pentingnya kita awasi suhu penyimpanan sejuk pada 1-4⁰C. Nampak remeh tetapi rata-rata saya lihat suhu penyimpanan sejuk dikedai-kedai runcit mahupun restoran melebihi 5⁰C, malah ada yang sampai 10⁰C.

Cara pengendalian ayam juga kena betul, ayam mentah yang baru dibeli dipasar tak boleh sesekali dibiarkan melebihi 2 jam pada suhu bilik. Kebanyakan kes keracunan makanan yang berlaku adalah disebabkan bakteria yang bernama Salmonella, yang mana bakteria ini adalah disebabkan pengendalian ayam, telur ayam dan mungkin ikan yang tidak betul.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah pengendalian makanan yang betul, saya jemput anda semua yang terlibat dengan pengendalian makanan untuk hadir ke kursus pengendalian makanan yang saya anjurkan dari masa ke semasa.


Ianya dikendalikan oleh Shazazh M&S, salah sebuah SLPM yang diiktiraf oleh KKM. Oleh itu anda tak perlu risau Sijil yang dikeluarkan adalah sah dan diiktiraf oleh KKM.

Saya sendiri juga merupakan tenaga pengajar yang terlatih dan diiktiraf dan mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam sistem keselamatan makanan dan halal.

Semoga bertemu dengan saya nanti!!!!!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya sendiri 0192169265 atau staf saya Cik Syamimi 0169671643.

Monday, July 3, 2017

HASILKAN MAKANAN BERSIH & SELAMAT

Tak susah sebenarnya untuk menghasilkan makanan yang bersih dan selamat. Alah bisa tegal biasa. Jadikan ianya sebagai kebiasaan maka ianya mudah sahaja. 

Saya letakkan beberapa tips kat sini untuk memudahkan anda yang terlibat dalam menghasilkan makanan.

1. Badan perlu sihat, orang batuk, selsema sukar nak menghasilkan makanan yang bersih dan selamat, Bakteria yang keluar daripada batuk dan selsema yang dialaminya berupaya mencemari makanan yang dihasilkan.

2. Diri perlu bersih, mandi dulu sebelum mulakan operasi memasak. Kalau tak mandi bakteria memang banyak pada badan dan boleh mencemari makanan yang dihasilkan.

3. Baju yang dipakai juga perlu bersih bukan baju yang digunakan semalam. Termasuklah apron yang digunakan pastikan ianya bersih dan sesuai untuk digunakan ketika memasak.

4. Tempat dan peralatan penyediaan makanan perlu bersih. Peralatan yang digunakan jangan sesekali diletakkan di atas lantai, biasanya saya perhatikan pinggan mangkuk, cawan sudu dan sebagainya di letakkan di atas lantai, apatah lagi diletakkan di atas surat khabar semuanya mengundang bahaya pencemaran makanan.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu. (H.R. at –Tirmizi: 2723)

Moga tips ini berguna untuk anda semua.

Selamat menunaikan puasa Syawal buat semua!!!!

Monday, May 23, 2016

PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009

"Pengendali makanan" termasuklah mana-mana orang yang:-
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan;


dan


(c) mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas,


dalam mana-mana premis makanan.


"Premis makanan" ialah apa-apa bangunan atau khemah atau struktur lain, kekal atau sebaliknya yang digunakan untuk atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan.


Berdasarkan kepada terjemahan yang diberikan oleh akta dan peraturan di atas, premis makanan adalah restoran, cafe, kantin sekolah, kilang penghasilan makanan, taska, tadika, pusat ana-anak yatim, orang tua, kedai runcit, supermarket dan sebagainya berada dalam kategori wajib untuk mereka hantar kakitangan mereka ke Kursus Pengendalian Makanan.


[Kewajipan am tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan]
PERATURAN 11(1)(b) tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premis makanannya melainkan jika pengendali makanan itu telah menjalani latihan pengendali makanan dan telah diperiksa dari segi perubatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar masing-masing sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 30 dan 31.


PERATURAN 11 (2) Mana-mana tuan punya, pemunya, penghuni premis makanan yang tidak mematuhi subperatutan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.


PERATURAN 30 (3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan tidak menjalani latihan atau memiliki sihil melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Friday, May 13, 2016

10 PERKARA YANG DIPELAJARI DALAM KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Memiliki Sijil Pengendalian Makanan adalah WAJIB untuk semua pengusaha makanan, bermula dari boss sampai pekerja harian. Ramai pengusaha cuba mengelak dari menghantar pekerja mereka menghadiri kursus ini. Lebih malang lagi ada yang cuba dapatkan sijil secara express tanpa kursus.

Tidak tahu tatacara pengendalian makanan yang betul sangat sangat bahaya. Bahaya kepada pelanggan ie boleh membawa maut, dan bahaya juga kepada perniagaan anda, boleh disita.

ANDA AKAN BELAJAR 10 PERKARA INI:

#1. Cara pengendalian makanan yang betul.
#2. Tahu tatacara penyediaan makanan yang betul.
#3. Tempoh masa dan suhu yg bersesuaian untuk makanan selamat.
#4. Bahaya makanan yang terdedah kepada kuman.
#5. Bagaimana makanan boleh terdedah kepada kuman.
#6. Kaedah penyimpanan makanan yang betul. .
#7. Kawalan makhluk perosak LILATI
#8. Kepentingan kebersihan diri.
#9. Struktur dan penyelengaraan premis
#10. Tatacara pemakaian pengendali makanan yang betul
Bahkan ada banyak lagi ilmu yang anda akan pelajari dengan menyertai kursus yg hanya 3 jam. 

KEADAAN RESTORAN MALAYSIA PADA HARI INI

Mengapa pada hari ini kita lihat pengusaha makanan terutamanya pengusaha restoran makanan sukar untuk menjaga kebersihan premis mereka?
Cuba anda perhatikan keadaan di belakang restoran pada waktu malam, pasti akan kelihatan tikus-tikus berkeliaran mendapatkan makanan dan sebagainya. Adakah anda tahu betapa bahayanya najis tikus kepada manusia?
Begitu juga dengan kucing yang berkeliaran di restoran turut mengganggu ketenteraman pengunjung restoran makanan.
Mengapakah ini berlaku????
Bagaimanakah untuk membendungnya????
Dalam siri Kursus Latihan Pengendalian Makanan yang dikendalikan oleh kami, ada membincangkan bagaimana dan apa yang harus dilakukan bagi mencegah dalam usaha mengatasi masalah ini.
Shazazh M&S sedia membantu anda untuk melatih pekerja dan membincangkan permasalahan ini untuk diatasi secara bersama.
Berikut adalah siri kursus kami untuk bulan ini:
*10 Mei 2016* (Selasa) - 9am-1pm
*14 Mei 2016* (Sabtu) - 9am-1pm
*17 Mei 2016* (Selasa) - 9am-1pm
*20 Mei 2016* (Jumaat) - 2.30pm-6pm
*23 Mei 2016* (Isnin) - 2.30pm-6pm
*27 Mei 2016* (Jumaat)- 9am-1pm
Berminat?????
Boleh daftarkan penyertaan anda di _http://goo.gl/forms/tUVbclMZ7w_
atau hubungi *Pn. Shaza* melalui whatsapp/sms/telegram *0192169265*
Terima kasih

Wednesday, February 10, 2016

Pentingkah pengendalian makanan yang bersih?

Merujuk kepada tajuk di atas, cuba kita tanya pada diri kita sendiri?
Lalukah kita makan makanan yang terdapat cacing di dalamnya?
Lalukah kita makan, makanan yang ada cicak atau lipas di dalamnya?

Saya sendiri apabila di dalam makan tersebut terdapat sehelai rambut pun selera makan saya akan hilang sama sekali.

Secara fitrahnya sebagai manusia kita sukakan benda-benda yang bersih, pakaian bersih, kasut bersih, rambut bersih, gigi bersih dan serba-serbinya bersih.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Ada lima macam fitrah , yaitu : khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” - (HR. Bukhari no. 5891 dan Muslim no. 258)

Rumah yang bersih juga memberi ketenangan dan kedamaian jiwa penghuninya. Dan Allah juga sukakan kebersihan.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu. (H.R. at –Tirmizi: 2723)

Jika persekitaran kita bersih, diri sendiri bersih sudah pasti apa sahaja yang dilakukan akan bersih dan teratur.

Begitu juga dengan pengendali makanan. Seorang pengendali makanan perlu bersih terlebih dahulu sebelum mengendali makanan. Manakala seorang majikan perlu memastikan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan bersih untuk memastikan semua kakitangan mereka mengendalikan makanan dengan bersih dan berkekalan bersih. Budaya menangguh perlu dihindar jauh-jauh sama sekali.

Apabila semuanya bersih sudah pasti makanan yang dihasilkan akan selamat untuk dimakan.

Kerana kebersihan itu adalah salah satu sebab sihatnya seseorang.




Wednesday, February 3, 2016

Alhamdulillah pada tanggal 15 Disember 2015, Shazazh Management & Services telah diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Pengendali Makanan (SLPM) di Malaysia. Semoga dengan ini dapat membantu negara untuk mencapai wawasan 2020 nanti.