JENIS STOR
Stor bagi sebuah permis makanan
boleh dibahagikan kepada 3 jenis stor
1. Stor Kering untuk menyimpan
a. Bahan mentah kering seperti beras, gula, sos,
kicap dan sebagainya yang mana suhu stor adalah suhu bilik.
b. Peralatan dan perkakasan dapur
2. Stor basah yang boleh terdiri daripada 2 jenis
iaitu
a. Penyimpanan sejuk (Chiller)-suhu 1-4°C
b. Penyimpanan sejuk beku (Freezer) – suhu -18
hingga -25°C
3. Stor bahan kimia – tidak boleh bercampur dengan
stor makanan.
KEPERLUAN STOR
Reka bentuk stor mestilah yang
dapat mengawal risiko pencemaran serta mempunyai ciri-ciri berikut:
- Stor mestilah bertutup dan dilindungi daripada makhluk perosak dan haiwan peliharaan
- Tidak menyimpan produk lain yang boleh mencemarkan Snek Bijirin;
- Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicuci dan dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran dan tahan hakisan
- Keluasan bilik penyimpanan hendaklah sesuai dengan kuantiti stok yang disimpan bagi memastikan penyimpanan yang baik
- Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukan supaya dapat beroperasi dalam keadaan yang baik
- Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan bahang yang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap
- Perlu ada sistem kawalan makhluk perosak yang meliputi perkara berikut
Menghapus (Eliminate)
Pemantauan (Surveillance)
Rawatan (Treatment)
KAEDAH PENYIMPANAN
Barang-barang di dalam stor hendaklah
disusun pada ketinggian 20sm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah
mempunyai ketinggian sekurangkurangnya 15sm dari lantai dan penyusunannya
hendaklah tidak melebihi keluasan pallet.
Barang-barang juga mesti berada
sekurang-kurangnya 15sm daripada dinding.
Penyimpanan hendaklah berdasarkan
kepada tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan FIFO (masuk dulu
keluar dulu) dilaksanakan.
Menyediakan sistem rekod
penyimpanan yang mempunyai maklumat seperti tarikh, nombor batch, tarikh luput,
masa terima, masa keluar, dan rekod keadaan fizikal semasa penerimaan perlu
dibuat dengan teratur.
No comments:
Post a Comment