Monday, July 3, 2017

HASILKAN MAKANAN BERSIH & SELAMAT

Tak susah sebenarnya untuk menghasilkan makanan yang bersih dan selamat. Alah bisa tegal biasa. Jadikan ianya sebagai kebiasaan maka ianya mudah sahaja. 

Saya letakkan beberapa tips kat sini untuk memudahkan anda yang terlibat dalam menghasilkan makanan.

1. Badan perlu sihat, orang batuk, selsema sukar nak menghasilkan makanan yang bersih dan selamat, Bakteria yang keluar daripada batuk dan selsema yang dialaminya berupaya mencemari makanan yang dihasilkan.

2. Diri perlu bersih, mandi dulu sebelum mulakan operasi memasak. Kalau tak mandi bakteria memang banyak pada badan dan boleh mencemari makanan yang dihasilkan.

3. Baju yang dipakai juga perlu bersih bukan baju yang digunakan semalam. Termasuklah apron yang digunakan pastikan ianya bersih dan sesuai untuk digunakan ketika memasak.

4. Tempat dan peralatan penyediaan makanan perlu bersih. Peralatan yang digunakan jangan sesekali diletakkan di atas lantai, biasanya saya perhatikan pinggan mangkuk, cawan sudu dan sebagainya di letakkan di atas lantai, apatah lagi diletakkan di atas surat khabar semuanya mengundang bahaya pencemaran makanan.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu. (H.R. at –Tirmizi: 2723)

Moga tips ini berguna untuk anda semua.

Selamat menunaikan puasa Syawal buat semua!!!!

No comments:

Post a Comment