Monday, July 31, 2017











[KENAPA BERLAKUNYA KES KERACUNAN MAKANAN??? ]

Banyak keracunan makanan yang berlaku adalah disebabkan pengendali makanan tidak faham malah tidak tahu mengendalikan makanan dengan betul terutamanya pengusaha makanan yang menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak seperti pengusaha kanti sekolah, asrama, katering kenduri kahwin dan sebagainya.

Kadang-kadang kita memandang remeh perkara-perkara kecil tetapi perkara tersebutlah yang menjadi punca keracunan makanan yang sebenarnya. Sebagai contoh betapa pentingnya kita awasi suhu penyimpanan sejuk pada 1-4⁰C. Nampak remeh tetapi rata-rata saya lihat suhu penyimpanan sejuk dikedai-kedai runcit mahupun restoran melebihi 5⁰C, malah ada yang sampai 10⁰C.

Cara pengendalian ayam juga kena betul, ayam mentah yang baru dibeli dipasar tak boleh sesekali dibiarkan melebihi 2 jam pada suhu bilik. Kebanyakan kes keracunan makanan yang berlaku adalah disebabkan bakteria yang bernama Salmonella, yang mana bakteria ini adalah disebabkan pengendalian ayam, telur ayam dan mungkin ikan yang tidak betul.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah pengendalian makanan yang betul, saya jemput anda semua yang terlibat dengan pengendalian makanan untuk hadir ke kursus pengendalian makanan yang saya anjurkan dari masa ke semasa.


Ianya dikendalikan oleh Shazazh M&S, salah sebuah SLPM yang diiktiraf oleh KKM. Oleh itu anda tak perlu risau Sijil yang dikeluarkan adalah sah dan diiktiraf oleh KKM.

Saya sendiri juga merupakan tenaga pengajar yang terlatih dan diiktiraf dan mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam sistem keselamatan makanan dan halal.

Semoga bertemu dengan saya nanti!!!!!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya sendiri 0192169265 atau staf saya Cik Syamimi 0169671643.

Monday, July 3, 2017

HASILKAN MAKANAN BERSIH & SELAMAT

Tak susah sebenarnya untuk menghasilkan makanan yang bersih dan selamat. Alah bisa tegal biasa. Jadikan ianya sebagai kebiasaan maka ianya mudah sahaja. 

Saya letakkan beberapa tips kat sini untuk memudahkan anda yang terlibat dalam menghasilkan makanan.

1. Badan perlu sihat, orang batuk, selsema sukar nak menghasilkan makanan yang bersih dan selamat, Bakteria yang keluar daripada batuk dan selsema yang dialaminya berupaya mencemari makanan yang dihasilkan.

2. Diri perlu bersih, mandi dulu sebelum mulakan operasi memasak. Kalau tak mandi bakteria memang banyak pada badan dan boleh mencemari makanan yang dihasilkan.

3. Baju yang dipakai juga perlu bersih bukan baju yang digunakan semalam. Termasuklah apron yang digunakan pastikan ianya bersih dan sesuai untuk digunakan ketika memasak.

4. Tempat dan peralatan penyediaan makanan perlu bersih. Peralatan yang digunakan jangan sesekali diletakkan di atas lantai, biasanya saya perhatikan pinggan mangkuk, cawan sudu dan sebagainya di letakkan di atas lantai, apatah lagi diletakkan di atas surat khabar semuanya mengundang bahaya pencemaran makanan.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu. (H.R. at –Tirmizi: 2723)

Moga tips ini berguna untuk anda semua.

Selamat menunaikan puasa Syawal buat semua!!!!