Monday, May 23, 2016

PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009

"Pengendali makanan" termasuklah mana-mana orang yang:-
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan;


dan


(c) mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas,


dalam mana-mana premis makanan.


"Premis makanan" ialah apa-apa bangunan atau khemah atau struktur lain, kekal atau sebaliknya yang digunakan untuk atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan.


Berdasarkan kepada terjemahan yang diberikan oleh akta dan peraturan di atas, premis makanan adalah restoran, cafe, kantin sekolah, kilang penghasilan makanan, taska, tadika, pusat ana-anak yatim, orang tua, kedai runcit, supermarket dan sebagainya berada dalam kategori wajib untuk mereka hantar kakitangan mereka ke Kursus Pengendalian Makanan.


[Kewajipan am tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan]
PERATURAN 11(1)(b) tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premis makanannya melainkan jika pengendali makanan itu telah menjalani latihan pengendali makanan dan telah diperiksa dari segi perubatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar masing-masing sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 30 dan 31.


PERATURAN 11 (2) Mana-mana tuan punya, pemunya, penghuni premis makanan yang tidak mematuhi subperatutan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.


PERATURAN 30 (3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan tidak menjalani latihan atau memiliki sihil melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Friday, May 13, 2016

10 PERKARA YANG DIPELAJARI DALAM KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Memiliki Sijil Pengendalian Makanan adalah WAJIB untuk semua pengusaha makanan, bermula dari boss sampai pekerja harian. Ramai pengusaha cuba mengelak dari menghantar pekerja mereka menghadiri kursus ini. Lebih malang lagi ada yang cuba dapatkan sijil secara express tanpa kursus.

Tidak tahu tatacara pengendalian makanan yang betul sangat sangat bahaya. Bahaya kepada pelanggan ie boleh membawa maut, dan bahaya juga kepada perniagaan anda, boleh disita.

ANDA AKAN BELAJAR 10 PERKARA INI:

#1. Cara pengendalian makanan yang betul.
#2. Tahu tatacara penyediaan makanan yang betul.
#3. Tempoh masa dan suhu yg bersesuaian untuk makanan selamat.
#4. Bahaya makanan yang terdedah kepada kuman.
#5. Bagaimana makanan boleh terdedah kepada kuman.
#6. Kaedah penyimpanan makanan yang betul. .
#7. Kawalan makhluk perosak LILATI
#8. Kepentingan kebersihan diri.
#9. Struktur dan penyelengaraan premis
#10. Tatacara pemakaian pengendali makanan yang betul
Bahkan ada banyak lagi ilmu yang anda akan pelajari dengan menyertai kursus yg hanya 3 jam. 

KEADAAN RESTORAN MALAYSIA PADA HARI INI

Mengapa pada hari ini kita lihat pengusaha makanan terutamanya pengusaha restoran makanan sukar untuk menjaga kebersihan premis mereka?
Cuba anda perhatikan keadaan di belakang restoran pada waktu malam, pasti akan kelihatan tikus-tikus berkeliaran mendapatkan makanan dan sebagainya. Adakah anda tahu betapa bahayanya najis tikus kepada manusia?
Begitu juga dengan kucing yang berkeliaran di restoran turut mengganggu ketenteraman pengunjung restoran makanan.
Mengapakah ini berlaku????
Bagaimanakah untuk membendungnya????
Dalam siri Kursus Latihan Pengendalian Makanan yang dikendalikan oleh kami, ada membincangkan bagaimana dan apa yang harus dilakukan bagi mencegah dalam usaha mengatasi masalah ini.
Shazazh M&S sedia membantu anda untuk melatih pekerja dan membincangkan permasalahan ini untuk diatasi secara bersama.
Berikut adalah siri kursus kami untuk bulan ini:
*10 Mei 2016* (Selasa) - 9am-1pm
*14 Mei 2016* (Sabtu) - 9am-1pm
*17 Mei 2016* (Selasa) - 9am-1pm
*20 Mei 2016* (Jumaat) - 2.30pm-6pm
*23 Mei 2016* (Isnin) - 2.30pm-6pm
*27 Mei 2016* (Jumaat)- 9am-1pm
Berminat?????
Boleh daftarkan penyertaan anda di _http://goo.gl/forms/tUVbclMZ7w_
atau hubungi *Pn. Shaza* melalui whatsapp/sms/telegram *0192169265*
Terima kasih