Saturday, May 4, 2019

PENGURUSAN STOR BAHAN MENTAH JANGAN DIAMBIL MUDAH

JENIS STOR


Stor bagi sebuah permis makanan boleh dibahagikan kepada 3 jenis stor

1. Stor Kering untuk menyimpan 
   a. Bahan mentah kering seperti beras, gula, sos, kicap dan sebagainya yang mana suhu stor adalah           suhu bilik.
   b. Peralatan dan perkakasan dapur

2. Stor basah yang boleh terdiri daripada 2 jenis iaitu
                            a. Penyimpanan sejuk (Chiller)-suhu 1-4°C
                           b. Penyimpanan sejuk beku (Freezer) – suhu -18 hingga -25°C

3.  Stor bahan kimia – tidak boleh bercampur dengan stor makanan.


KEPERLUAN STOR

Reka bentuk stor mestilah yang dapat mengawal risiko pencemaran serta mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Stor mestilah bertutup dan dilindungi daripada makhluk perosak dan haiwan peliharaan
  • Tidak menyimpan produk lain yang boleh mencemarkan Snek Bijirin;
  • Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicuci dan dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran dan tahan hakisan
  • Keluasan bilik penyimpanan hendaklah sesuai dengan kuantiti stok yang disimpan bagi memastikan penyimpanan yang baik
  • Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukan supaya dapat beroperasi dalam keadaan yang baik
  • Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan bahang yang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap
  • Perlu ada sistem kawalan makhluk perosak yang meliputi perkara berikut
                   Mencegah (Prevent)
                   Menghapus (Eliminate)
                   Pemantauan (Surveillance)
                   Rawatan (Treatment)


KAEDAH PENYIMPANAN


Barang-barang di dalam stor hendaklah disusun pada ketinggian 20sm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurangkurangnya 15sm dari lantai dan penyusunannya hendaklah tidak melebihi keluasan pallet.

Barang-barang juga mesti berada sekurang-kurangnya 15sm daripada dinding.

Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan FIFO (masuk dulu keluar dulu) dilaksanakan.

Menyediakan sistem rekod penyimpanan yang mempunyai maklumat seperti tarikh, nombor batch, tarikh luput, masa terima, masa keluar, dan rekod keadaan fizikal semasa penerimaan perlu dibuat dengan teratur.